Sunday 20 April 2014

Cont. Week 3: ISO, White Balance, Lenses & TIY

Hai semua..sebenarnya tak habis lagi untuk Minggu Ketiga ni..Okay, tanpa membuang masa, apa kata kita kaji sikit apa itu ISO, White Balance dan Lens..Banyak sikit kan belajar minggu ni. Harap sama-sama dapat input.

ISO
ISO atau ASA adalah unit yang digunakan untuk mengukur sensitiviti filem atau sensor kamera digital kepada cahaya. Kamera digital boleh dilaras pada sebarang ISO yang telah ditetapkan. ISO atau ASA mewakili perkara yang sama. ASA digunakan pada era kamera menggunakan filem, manakala di dalam era digital ini ASA dipanggil ISO.
Kebiasaanya, ISO pada kamera memounyai nilai-nilai seperti 100, 200, 400 dan seterusnya. Semakin tinggi nilai ISO, semakin cerah gambar yang diambil. Namun begitu, semakin tinggi ISO juga, semakin banyak jumlah 'noise' atau 'grain' yang terdapat pada gambar tersebut. Kamera DSLR adalah lebih sensitif kepada cahaya berbanding kamera filem atau kamera digital yang berlensa tetap (fixed-lens).
Contoh gambar yang dihasilkan menggunakan variasi ISO;

Sumber: http://askthephotographer.com/2014/02/15/teknik-dasar-menggunakan-dslr/

WHITE BALANCE
White balance (WB) adalah satu proses mengasingkan warna yang tidak realistik. Dalam keadaan ini, objek ‘putih’ pada sesuatu subjek akan dibaca atau di ‘render’ sebagai warna putih (betul-betul putih) dalam sesuatu gambar. White balance yang sempurna mengambil kira suhu warna atau lebih dikenali dengan ‘color temperature’ dari sesuatu sumber cahaya.
Kita akan lebih faham sekiranya kita rajin untuk bereksperimentasi dengan tetapan WB dalam kamera kita. Tetapan yang berlainan akan menghasilkan suhu warna yang berbeza-beza sama ada gambar kita akan kelihatan lebih ‘warm’(lebih kepada kuning) atau ‘cool’(lebih kepada biru). WB juga boleh menunjukkan 'mood' sesuatu gambar supaya gambar yang diambil lebih bermakna.


White balance boleh ditentukan melalui nilai Kelvin yang terdapat pada tetapan kamera. Penetapan ini dipanggil 'Color Temperature'. Nilai yang berbeza akan menghasilkan gambar yang mempunyai kesan dari sumber cahaya yang berbeza seperti jadual di bawah;
Color TemperatureLight Source
1000-2000 K Candlelight
2500-3500 K Tungsten Bulb (household variety)
3000-4000 K Sunrise/Sunset (clear sky)
4000-5000 K Fluorescent Lamps
5000-5500 K Electronic Flash
5000-6500 K Daylight with Clear Sky (sun overhead)
6500-8000 K Moderately Overcast Sky
9000-10000 K Shade or Heavily Overcast Sky

Selain penetapan nilai 'Color Temperature', kita juga boleh menetapkan WB dengan cara yang mudah iaitu dengan hanya memilih jenis WB yang telah tersedia pada kamera seperti rajah di bawah;


Auto White Balance
Custom
Kelvin
Tungsten
Fluorescent
Daylight
Flash
Cloudy
Shade
Contoh-contoh gambar yang menggunakan white balance yang berbeza;
Sumber: http://candkstudios.wordpress.com/2012/01/27/white-balance-what-is-it-why-is-it-important/
Try It Yourself (TIY)
Pada pengakhiran kelas, kami diberi tugas oleh Dr.J tentang sesuatu yang menarik..Best ni..sebab apa? Sebabnya adalah kita boleh belajar sambil bereksperimentasi..haaa..Jd, setelah apa yang dah dipelajari setakat ni, Dr.J menyuruh kami satu kelas ni mengalami sendiri satu aktiviti bagaimana untuk menetapkan parameter-parameter yang sesuai untuk mengambil gambar berdasarkan 'effect' yang tertentu pada gambar yang diberikan. Untuk itu, Dr.J telah menyarankan kami menjelajah laman web ini iaitu http://www.canonoutsideofauto.ca/play/ untuk aktiviti tersebut..
Seronok bak hang..main adjust2 ja..Apa lagi..cubala!


No comments:

Post a Comment