Sunday 9 March 2014

Week 3 : The Mode Dial

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kali ini saya akan mengupas sedikit tentang mod2 dial yg ada pada sesebuah kamera yang telah dipelajari pada minggu ini. Okay..btw, maaf sbb kali ni nak tulis dlm bahasa melayu je..mudah sikit faham kan.

Jom kita berkenalan dgn mod-mod yang kita boleh gunakan untuk mengambil gambar menggunakan DSLR. Dalam kamera DSLR (Digital Single Lens Reflex), beberapa mod sering diguna pakai iaitu;
i) Mod Program
ii) Mod Aperture Priority
iii) Mod Shuter Speed Priority
iv) Mod Manual

Sesetengah kamera digital terutamanya Point and Shoot camera juga mempunyai tambahan mod dan ditunjukkan melalui beberapa ikon seperti;
i) Potret
ii) Lanskap
iii) Kanak-kanak
iv) Sukan
v) Close Up/Makro

Keterangan simbol adalah seperti gambar di bawah;


Kebiasaannya, simbol-simbol ini adalah bagi memudahkan pengguna untuk mengambil gambar bagi tujuan tertentu dan mendapat hasil yang baik mengikut mod yang dipilih. 

Baiklah, berbalik semula kepada mod-mod kamera yang ingin dibincangkan pada kali ini. Saya akan membawa anda pergi ke satu-satu mod yang sering digunakan pada DSLR. Mod-mod ini penting kerana setiap pengguna atau jurugambar perlu mempunyai kefahaman yang baik untuk mengawal exposure(pendedahan cahaya) dalam fotografi tidak kira sama ada pengguna tersebut adalah pengguna baru atau amatur. Tambahan lagi, mod-mod tersebut perlu disesuaikan dalam keadaan tertentu supaya lebih cepat dan sesuai dengan keadaan pada masa tersebut. 

Mod dial yang biasa terdapat pada kamera Nikon

Mod dial yang biasa terdapat pada kamera Canon

Mod Kamera digital membolehkan jurugambar untuk mengawal parameter exposure, khususnya, Shutter Speed, Aperture dan ISO. Walaupun terdapat mod automatik iaitu boleh mengautomasikan sepenuhnya exposure pada kamera, terdapat cara lain yang membolehkan jurugambar secara manual mengawal beberapa atau semua parameter exposure. 

Saya akan tunjukkan beberapa hasil gambar yang saya ambil menggunakan setiap 4 mod dial yang utama iaitu mod manual, program, aperture priority dan juga shutter priority..Jom kita tengok setiap perbezaan mod2 tersebut, k..Hasil gambar di bawah ni juga adalah untuk Assignment 1 yang perlu mengaplikasikan kekreatifan menggunakan shutter speed, aperture, iso iaitu elemen-elemen yang penting dalam menghasilkan exposure yang betul.

i) Mod Aperture Priority

Mod ini adalah mod separuh automatik. Mod ini memerlukan pengguna menetapkan bukaan lensa (aperture) secara manual iaitu prioriti kepada 'aperture' dan kelajuan tetingkap (shutter speed) akan disetkan secara automatik untuk mendapatkan exposure yang betul. Oleh itu, kamera akan mengawal kelajuan tetingkap untuk pengguna. 'Aperture Priority' amat sesuai digunakan apabila kita ingin mengawal kedalaman medan fokus untuk sesuatu gambar. Sebagai contoh, saya telah mengambil beberapa gambar seperti di bawah dengan menggunakan mod ini dan pada gambar tersebut, apabila kita menetapkan nilai aperture pada f1.8 iaitu pada gambar A, keseluruhan latar belakang menjadi kabur dan hanya tertumpu kepada tempat yang difokuskan sahaja. Sebaliknya, bagi gambar nilai aperture f20 iaitu pada gambar F, keseluruhan gambar menjadi lebih jelas pada setiap kawasan. Kesemua gambar yang diambil adalah pada bacaan normal.

A) f1.8|1/1000sec|ISO3200(NikonD7000@50mm)

B) f3.5|1/250sec|ISO3200(NikonD7000@50mm)

C) f5.6|1/100sec|ISO3200(NikonD7000@50mm)

D) f8|1/50sec|ISO3200(NikonD7000@50mm)

E) f16|1/13sec|ISO3200(NikonD7000@50mm)

F) f20|1/8sec|ISO3200(NikonD7000@50mm)

ii) Mod Shutter Priority

Mod ini juga merupakan mod separuh automatik di mana pengguna perlu menetapkan shutter speed dan secara automatik kamera akan memilih nilai aperture yang sesuai untuk digunakan. Kebiasaanya, Mod Shutter Priority diwakili oleh simbol 'S' atau 'Tv'. Mod ini penting digunakan semasa mengambil gambar pergerakan. Ia juga bertujuan mendapatkan hasil kesan gerakan yang tertentu. Sebagai contoh, air terjun dengan kelajuan tetingkap yang berbeza akan membawa hasil yang berbeza. Mod ini sangat sesuai digunakan untuk mengambil gambar sukan, menghasilkan teknik panning, dan gambar pada waktu malam.
Contoh-contoh gambar yang menggunakan teknik ini;

A) f3.3|1/250sec|ISO100(NikonD7000@48mm)

  B) f3.3|1/15sec|ISO100(NikonD7000@36mm)

                                              C) f20|30sec|ISO100(NikonD7000@28mm)

D) f22|15sec|ISO640(NikonD7000@18mm)


 E) f14|1/40sec|ISO100(NikonD7000@50mm)

Gambar A dan B adalah gambar yang mempunyai subjek yang sama. Fokus pada gambar ini adalah untuk melihat hasil pergerakan air dari mulut singa tersebut. Pada gambar A, shutter speed telah ditetapkan pada kelajuan 1/250sec di mana kita boleh melihat bahawa pergerakan air tersebut kelihatan pegun dan tidak bergerak sekali gus boleh nampak titisan-titisan air tersebut. Namun begitu, pada gambar B, kelajuan shutter telah ditetapkan pada 1/15sec dan hasilnya kita akan nampak bahawa pergerakan air tersebut seolah-olah mengalir dan bergerak. Kesimpulan yang boleh dibuat adalah, semakin tinggi kelajuan shutter, semakin pegun sesuatu objek. Selain itu, pada waktu malam, untuk menghasilkan gambar yang terang, sudah pastinya kita memerlukan pengcahayaan yang cukup untuk memenuhi ruang gambar yang ingin dihasilkan. Oleh itu, shutter speed juga berperanan bagi mengawal cahaya yang memasuki tetingkap kamera. Oleh itu, untuk meningkatkan kadar cahaya, kelajuan tetingkap perlu dilambatkan atau kebiasaannya istilah long shutter digunakan oleh jurugambar untuk menghasilkan gambar seperti gambar C dan D. Jadi masa untuk mengambil gambar seperti ini adalah lebih lama memandangkan tetingkap akan menutup shutternya pada 30 saat untuk gambar C dan 15 saat untuk gambar D. Bagi gambar E pula, saya telah menggunakan teknik panning di mana saya akan mengikut pergerakan motor tersebut dan menghasilkan latar belakang yang kabur dan seolah-olah menampakkan kelajuan motor tersebut. walau bagaimanapun, subjek mestilah fokus walaupun latar belakangnya kabur untuk menghasilkan teknik panning yang berjaya. Kelajuan tetingkap adalh bergantung kepada kelajuan kenderaan yang ingin difokuskan. 

iii) Mod Manual
Dalam mod ini, kamera akan memberikan sepenuh kawalan kepada pengguna untuk menentukan setiap tetapan pada kamera iaitu pengguna perlu menetapkan sendiri iso, aperture dan shutter speed untuk mendapatkan nilai exposure yang diingini. Berikut merupakan contoh-contoh gambar yang diambil menggunakan mod manual.
A) f4|1/1250sec|ISO400(NikonD7000@105mm)

B) f5.6|1/6sec|ISO200(NikonD7000@98mm)

C) f18|1/60sec|ISO100(NikonD7000@18mm)

D) f1.8|1/100sec|ISO2500(NikonD7000@50mm)

E) f2.2|1/1000sec|ISO200(NikonD7000@50mm)

Setiap gambar yang diambil seperti gambar di atas adalah ditetapkan dengan mengetahui apa subjek sebenar yang ingin diambil dan dari situ kita perlu menetapkan parameter-parameter exposure yang sesuai dengan subjek yang ingin diambil. Sebagai contoh pada gambar C, saya ingin mengambil keseluruhan bahagian tempat duduk di dalam stadium dan elemen sekitarnya. Jadi, saya menggunakan nilai aperture yang tinggi iaitu f18 dan seterusnya barulah menetapkan shutter speed supaya ditil gambar yang diambil lebih jelas ke keseluruhan kawasan. Manakala bagi gambar D, saya hanya fokus kepada muka si kecil itu sahaja. Oleh itu, saya menggunakan nilai aperture yang rendah iaitu bukaan yang besar f 1.8 supaya fokus hanya tertumpu pada muka si kecil itu sahaja dan mendapat hasil latar belakang yang kabur. Jadi, jurugambar perlu pandai menilai keutamaan parameter yang ingin digunakan bagi mendapatkan hasil gambar yang tertentu dengan menggunakan mod ini. 
iv) Mod Program
Mod ini adalah mod yang mudah di mana boleh dikatakan secara automatik kamera akan menetapkan setiap tetapan seperti shutter speed dan aperture yang diperlukan untuk mengambil gambar yang diingini. Kebiasaannya, mod program pada kebanyakan kamera membolehkan kita untuk menetapkan beberapa perkara seperti mengawal penggunaan flash kerana kadang-kadang kita memerlukan cahaya yang lebih untuk memenuhi ruang pada gambar. Selain itu, kita juga boleh menetapkan ISO secara manual. ISO adalah standard industri yang asalnya dirujuk kepada filem sensitiviti, tetapi kini hanya merujuk dengan bentuk digital sensitiviti cahaya secara keseluruhan. Lebih tinggi nombor, lebih sensitif kamera untuk cahaya. Kesan sampingan ISO adalah noise iaitu bintik-bintik yang terdapat pada gambar yang dihasilkan. Di samping itu juga, kita boleh memilih exposure compensation. Fungsinya adalah untuk menetapkan gambar yang diambil dengan jumlah yang tertentu sama ada untuk mendapatkan overexpose atau underexpose bergantung kepada keadaan gambar yang tertentu. Terdapat beberapa sebab mengapa kita mungkin ingin mendapatkan hasil sebegini kerana kadang-kadang bacaan yang normal tidak semestinya memberi kepuasan kepada jurugambar untuk mendapatkan hasil yang menarik. Akhir sekali, mod program juga membolehkan kita untuk  memilih white balance yang tertentu. Hal ini akan bergantung kepada keadaan tempat yang diambil dan hasil yang kita inginkan. 





   


No comments:

Post a Comment