Sunday 20 April 2014

Assignment 1: Angle and Composition [Part1]

Part 1: Basic Composition

In this assignment, we should shoot as many pictures to capture photos in UTM. All assignments cannot use Adobe Photoshop or any photo editing software to alter the photos, but in the lecture, I already ask Dr.J for cropping the picture if necessary and he give the chance to all students only for cropping purpose. So, I had used Adobe Photoshop for some pictures only for that purpose.

Alright, for Basic Composition, actually there are many composition that we should learn in order to take a creative and meaningful photo. By the way, for this assignment, we have already given the task that we should shoot only for 5 basic compositions which are;

  • simplicity
  • rule of thirds
  • line
  • balance
  • framing
Below are my photos;

Simplicity
Sesiput (f2.5, 1/60sec, ISO200, NikonD7000@50mm) | Tasik UTM

Teratai Bunga Indah(f1.8, 1/6400sec, ISO500, NikonD7000@50mm) | Tasik UTM

Bagi kedua-dua gambar ini, saya ingin memfokuskan kepada subjek itu sendiri supaya lebih menonjol. Simplicity dalam kedua-dua gambar ini diterjemahkan melalui penonjolan subjek siput dan bunga teratai dan tidak begitu terganggu dengan keadaan latar belakang. Selain itu, latar belakang yang dipilih juga menunjukkan contrast warna antara subjek dengan latar belakang. Mod aperture priority menjadi pilihan untuk mengambil gambar ini kerana saya hanya ingin memfokuskan satu kawasan sahaja dan ingin mendapatkan hasil latar belakang yang kabur. Oleh itu, subjek yang diambil akan lebih menyerlah.

Rule of Thirds
Si Kuning ( f5, 1/320, ISO400, NikonD7000@58mm) | Tasik UTM

Si Merah ( f5.6, 1/320, ISO1250, NikonD7000@105mm) | Bangunan Canseleri  UTM
Untuk komposisi ini, secara teorinya amat mudah untuk diaplikasikan iaitu dengan meletakkan subjek yg ingin diambil antara 1/3 atau 2/3 dari keseluruhan frame yang ingin diambil. Oleh itu, kedudukan subjek tidak akan berada di tengah-tengah. Pada kebiasaannya, semasa mengambil gambar, saya akan membayangkan grid yang akan membahagikan gambar kepada tiga garisan menegak dan mendatar dan titik yang bersilang itu merupakan kedudukan subjek yang patut diletakkan. Kedua-dua gambar di atas juga telah diaplikasikan teknik Depth of Field iaitu keutamaan kepada aperture untuk menonjolkan subjek yang ingin diketengahkan.

Line
Ke Penghujung ( f14, 1/160, ISO400, NikonD7000@34mm) | Tasik UTM

Titian Usang (f5.6, 1'640, ISO200, NikonD7000@50mm) | Tasik UTM 

Line atau garisan adalah satu elemen yang kuat dan boleh memberi kesan yang mendalam kepada sesuatu gambar. Angle yang sesuai memainkan peranan penting untuk menarik mata kita untuk melihat lebih mendalam dan menghayati gambar yang kita ambil. Kebiasaannya juga, garisan tersebut akan membawa kepada suatu tempat iaitu sehingga menemui pengakhiran yang ingin dituju. Namun, line juga boleh dipelbagaikan dan tidak semestinya bertujuan menuju ke sesuatu tempat akan tetapi elemen ini akan lebih menarik sekiranya dapat menunjukkan keseimbangan dan dinamik pada gambar.

Balance
Chairs (f8, 1/2000sec, ISO400, D7000@26mm) | Stadium UTM

Track (f9, 1/100sec, ISO100, D7000@40mm) | Stadium UTM

Balance atau keseimbangan bermaksud sesebuah gambar berada dalam elemen keseimbangan di mana kita boleh melihat sama ada subjek yang diambil adalah memenuhi keseimbangan formal atau tidak formal. Keseimbangan formal merujuk kepada imbangan simetri iaitu boleh berlaku apabila semua objek dalam gambar tersebut diletakkan pada kedua-dua belah titik tertentu pada asasnya mencerminkan bentuk sendiri. Gambar-gambar yang diambil di atas menunjukkan keseimbangan formal di mana wujud elemen simetri dalam gambar tersebut dan menujukkan keseimbangan antara kedua-dua belah kiri dan kanan atau dengan kata lain apabila satu atau lebih objek yang membezakan antara satu sama lain sedang mengimbangi kedua-dua belah mata. Keseimbangan tidak formal pula merujuk kepada satu bentuk kurang jelas dalam fotografi dan memerlukan perhatian yang lebih kepada hasil gambar yang ingin diperoleh. Konsep ini sukar untuk dijelaskan kerana ia boleh dicapai dalam pelbagai cara. Secara ringkas , keseimbangan tidak formal berlaku apabila unsur-unsur yang berbeza mengimbangi satu sama lain pada setiap sisi bingkai. Saiz setiap unsur boleh menjadi tidak relevan , tetapi adalah lebih baik sekiranya subjek yang diambil mempunyai elemen yang lebih besar berjajaran dengan unsur yang lebih kecil atau elemen untuk membuat komposisi yang baik.
Framing

Canoeing (f6.3, 1/200sec, ISO100, D7000@105mm) | Tasik UTM

MSI(f11, 1/800sec, ISO500, D7000@50mm) | Tasik UTM
Komposisi framing sebenarnya mudah untuk dilakukan kerana kita hanya memerlukan objek lain yang sedia ada atau semula jadi dan objek tersebut akan menjadi bingkai kepada subjek yang ingin diambil. Framing akan membawa kita melihat lebih dalam kepada subjek yang difokuskan. Seperti gambar di atas, saya menggunakan daun-daun pokok untuk mengambil gambar pasukan berkanu dan gambar berikutnya saya menggunakan tiang jambatan sebagai bingkai kepada subjek masjid saya.










Cont. Week 3: ISO, White Balance, Lenses & TIY

Hai semua..sebenarnya tak habis lagi untuk Minggu Ketiga ni..Okay, tanpa membuang masa, apa kata kita kaji sikit apa itu ISO, White Balance dan Lens..Banyak sikit kan belajar minggu ni. Harap sama-sama dapat input.

ISO
ISO atau ASA adalah unit yang digunakan untuk mengukur sensitiviti filem atau sensor kamera digital kepada cahaya. Kamera digital boleh dilaras pada sebarang ISO yang telah ditetapkan. ISO atau ASA mewakili perkara yang sama. ASA digunakan pada era kamera menggunakan filem, manakala di dalam era digital ini ASA dipanggil ISO.
Kebiasaanya, ISO pada kamera memounyai nilai-nilai seperti 100, 200, 400 dan seterusnya. Semakin tinggi nilai ISO, semakin cerah gambar yang diambil. Namun begitu, semakin tinggi ISO juga, semakin banyak jumlah 'noise' atau 'grain' yang terdapat pada gambar tersebut. Kamera DSLR adalah lebih sensitif kepada cahaya berbanding kamera filem atau kamera digital yang berlensa tetap (fixed-lens).
Contoh gambar yang dihasilkan menggunakan variasi ISO;

Sumber: http://askthephotographer.com/2014/02/15/teknik-dasar-menggunakan-dslr/

WHITE BALANCE
White balance (WB) adalah satu proses mengasingkan warna yang tidak realistik. Dalam keadaan ini, objek ‘putih’ pada sesuatu subjek akan dibaca atau di ‘render’ sebagai warna putih (betul-betul putih) dalam sesuatu gambar. White balance yang sempurna mengambil kira suhu warna atau lebih dikenali dengan ‘color temperature’ dari sesuatu sumber cahaya.
Kita akan lebih faham sekiranya kita rajin untuk bereksperimentasi dengan tetapan WB dalam kamera kita. Tetapan yang berlainan akan menghasilkan suhu warna yang berbeza-beza sama ada gambar kita akan kelihatan lebih ‘warm’(lebih kepada kuning) atau ‘cool’(lebih kepada biru). WB juga boleh menunjukkan 'mood' sesuatu gambar supaya gambar yang diambil lebih bermakna.


White balance boleh ditentukan melalui nilai Kelvin yang terdapat pada tetapan kamera. Penetapan ini dipanggil 'Color Temperature'. Nilai yang berbeza akan menghasilkan gambar yang mempunyai kesan dari sumber cahaya yang berbeza seperti jadual di bawah;
Color TemperatureLight Source
1000-2000 K Candlelight
2500-3500 K Tungsten Bulb (household variety)
3000-4000 K Sunrise/Sunset (clear sky)
4000-5000 K Fluorescent Lamps
5000-5500 K Electronic Flash
5000-6500 K Daylight with Clear Sky (sun overhead)
6500-8000 K Moderately Overcast Sky
9000-10000 K Shade or Heavily Overcast Sky

Selain penetapan nilai 'Color Temperature', kita juga boleh menetapkan WB dengan cara yang mudah iaitu dengan hanya memilih jenis WB yang telah tersedia pada kamera seperti rajah di bawah;


Auto White Balance
Custom
Kelvin
Tungsten
Fluorescent
Daylight
Flash
Cloudy
Shade
Contoh-contoh gambar yang menggunakan white balance yang berbeza;
Sumber: http://candkstudios.wordpress.com/2012/01/27/white-balance-what-is-it-why-is-it-important/
Try It Yourself (TIY)
Pada pengakhiran kelas, kami diberi tugas oleh Dr.J tentang sesuatu yang menarik..Best ni..sebab apa? Sebabnya adalah kita boleh belajar sambil bereksperimentasi..haaa..Jd, setelah apa yang dah dipelajari setakat ni, Dr.J menyuruh kami satu kelas ni mengalami sendiri satu aktiviti bagaimana untuk menetapkan parameter-parameter yang sesuai untuk mengambil gambar berdasarkan 'effect' yang tertentu pada gambar yang diberikan. Untuk itu, Dr.J telah menyarankan kami menjelajah laman web ini iaitu http://www.canonoutsideofauto.ca/play/ untuk aktiviti tersebut..
Seronok bak hang..main adjust2 ja..Apa lagi..cubala!